Sambutan luar biasa

Iklan
Dari kiri Zamri, Farah, Mohammad Nuri dan Meen Tahrin ketika perasmian penutup Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Ahad.

SHAH ALAM - Karnival Pendidikan Sinar Bestari (KPSB) yang melabuhkan tirainya pada Ahad berjaya menarik penyertaan seramai 100,000 pengunjung berbanding 30,000 yang disasarkan sepanjang tiga hari berlangsungnya acara pendidikan terbesar Selangor itu.

Bahkan ia juga berjaya menarik kehadiran pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar Lembah Klang dan Selangor antaranya dari Negeri Sembilan dan Johor.

Iklan
Iklan

Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, pihaknya amat berbesar hati dengan sambutan luar biasa daripada pengunjung yang diterima dan sedia mempertimbangkan penganjuran karnival seumpama itu sebagai acara tahunan.

Menurutnya, komitmen dan kerjasama daripada pempamer, agensi kerajaan dan semua pihak terlibat amat menyumbang kepada kejayaan karnival itu.

Iklan

"Sebelum ini kita anjurkan Karnival Karangkraf dan kali terakhir pada 2018, namun kita jenamakan semula sebagai karnival pendidikan. Maksudnya selain berhibur, pengunjung memperoleh manfaat lain khususnya bagi golongan pelajar.

Farah berucap di Majlis Perasmian Penutup KPSB pada Ahad.

"Insya-ALLAH konsep pendidikan untuk karnival akan datang akan diteruskan kerana kita lihat ia menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar sekolah, guru-guru dan juga ibu-bapa.

Iklan

"Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan karnival ini. Termasuk para pempamer dan diharap mereka semua berpuas hati dengan kehadiran pengunjung," katanya ditemui pada Majlis Perasmian Penutup Karnival Pendidikan Sinar Bestari pada Ahad.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Mohammad Nuri Hussin; Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli; dan Editor Eksekutif Gaya Hidup dan Hiburan Sinar Harian, Meen Tahrin.

Karnival Pendidikan Sinar Bestari dianjurkan Sinar Harian dan Sinar Bestari dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) serta rakan media rasmi TikTok, ideaaktiv (Nu Ideaktiv Sdn Bhd) dan Grup Buku Karangkraf.

Bertemakan Memacu Pendidikan Generasi Digital, karnival itu dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pada Jumaat.

Karnival itu juga dilaksanakan serentak bersama SinarPlus Makan Fest dan Jualan Gudang Karangkraf yang membolehkan pengunjung berhibur, belajar dan membeli-belah dalam masa yang sama.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Zambri Rambli dan Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Penganjuran karnival tersebut adalah bagi memupuk kesedaran khalayak terhadap dunia pendidikan yang kini menuju ke arah pendigitalan bertepatan dengan generasi hari ini dan sebagai langkah persediaan negara ke arah Industri Revolusi 4.0 (IR 4.0)

Antara pempamer terlibat menerusi reruai ialah AirAsia Academy, Petrosains dan zoo mini Farm In The City, Planetarium Negara, Farm Fresh, AirAsia Academy, Grup Buku Karangkraf, Petrosains, Les’ Copaque, AEON BiG Sdn Bhd (AEON BiG), Bank Muamalat, Bank Simpanan Nasional, dan Co-opbank Pertama (CBP).

Selain itu, reruai Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Farm Fresh Selangor, Wardah dari Pharmacore Technology & Innovation, Able Perfect Sdn Bhd dan lain-lain turut dibuka sepanjang karnival.