KUALA LUMPUR - Kejadian mendapan tanah yang mengakibatkan rekahan jalan di Kilometer (KM) 118.2 hingga KM117.8 arah barat Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), dipercayai berpunca daripada runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau telah mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan pihak yang terlibat, untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kawasan mendap dengan segera.