43 terbunuh dalam serangan udara di pasar Sudan

Iklan
Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam serangan udara di sebuah pasar di ibu negara Sudan, Khartoum, pada Ahad.

KHARTOUM - Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam serangan udara di sebuah pasar di ibu negara Sudan, Khartoum, pada Ahad, lapor Agensi Anadolu.

Sindiket Doktor Sudan dalam satu kenyataan memaklumkan 55 orang turut cedera dalam serangan yang menyasarkan pasar terbuka di kejiranan Mayo di Khartoum Selatan.

Iklan
Iklan

Kumpulan aktivis Bilik Kecemasan sebelum ini meletakkan angka kematian sekitar 40 orang.

Dalang di sebalik serangan udara itu masih belum dapat dipastikan.

Iklan

Serangan berlaku di tengah-tengah pertempuran sengit antara tentera Sudan dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara.

RSF menuduh tentera melakukan serangan udara di kawasan kejiranan Mayo, menurut laporan itu.

Iklan

Bagaimanapun, tentera Sudan menafikan tuduhan itu, menyebut dakwaan itu sebagai"mengelirukan" dan"palsu".

Lebih 3,000 orang awam terbunuh manakala ribuan lagi cedera dalam pertempuran antara tentera dan kumpulan separa tentera sejak April, menurut pegawai perubatan tempatan.

Beberapa perjanjian gencatan senjata hasil pengantaraan Arab Saudi dan AS gagal menamatkan keganasan di negara itu. - Bernama