KPS RMK12: Institut Kesihatan Mental ditubuhkan

Iklan
Anwar Ibrahim - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan menubuhkan Institut Kesihatan Mental bagi menjamin usaha bersepadu antara kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan masyarakat sivil dalam menangani isu terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu kesihatan mental yang semakin membimbangkan kini menjadi keutamaan kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kerajaan sedang membangunkan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan dan mengambil langkah proaktif untuk menubuhkan Pusat Geriatrik baharu bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada warga emas.

"Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Warga Emas Swasta 2018 sedang diperhalusi dan dijangka akan dikuatkuasakan pada tahun 2025," katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12, di Dewan Rakyat pada Isnin.

Iklan

Pada masa sama, Anwar berkata, sebanyak 1,200 klinik daif di seluruh negara akan dinaik taraf untuk tempoh 2023 hingga 2025 bagi menjamin mutu perkhidmatannya.

Beliau berkata, kerajaan juga telah bersetuju untuk menyegerakan projek naik taraf fasa pertama di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dengan anggaran kos sebanyak RM500 juta bagi menangani masalah kesesakan yang telah sekian lama berlanjutan.

Iklan

"Kerajaan juga akan meneliti cadangan sewaan bagi memastikan mutu rawatan kesihatan yang terbaik buat rakyat menggunakan peralatan yang termaju dan berteknologi tinggi.

"Pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik di hospital dan klinik kesihatan juga akan diperluas ke seluruh negara bagi memastikan perkongsian rekod perubatan yang lancar, sistematik dan mesra rakyat.

"Liputan perlindungan kesihatan akan ditingkatkan melalui peluasan Skim Perubatan Madani bagi menzahirkan hasrat murni Kerajaan dalam membantu golongan kurang berkemampuan," katanya.