Angkasa serah lima unit komputer kepada SMK Kelana Jaya

Iklan
Abdul Fattah (tiga kanan) menyerahkan komputer kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kelana Jaya (SMKKJ), Jamaluddin Haron (dua kanan) sempena Majlis Gimik Penyerahan Komputer hari ini. -Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim

PETALING JAYA - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyerahkan lima unit komputer kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kelana Jaya, dalam satu majlis gimik penyerahan di sini, hari ini.

Sumbangan disampaikan oleh Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah kepada Pengetua SMK Kelana Jaya, Jamaluddin Haron dalam satu majlis pagi tadi.

Iklan
Iklan

Abdul Fattah berkata, sumbangan itu adalah sebahagian daripada program pihaknya bagi meningkatkan kemudahan di sekolah berkenaan.

"Usaha ini bagi meningkatkan lagi mutu kerja para pelajar dan guru di sekolah ini.

Iklan

"Diharap ia dapat memberi manfaat yang semaksimum mungkin kepada sekolah ini," katanya ketika menyampaikan ucapan sempena gimik penyerahan sumbangan berkenaan di sini pagi ini.

Katanya, pihaknya juga berharap agar sumbangan ini dapat meningkatkan pembangunan sosioekonomi sekolah berkenaan menerusi penggunaan teknologi maklumat secara mampan.

Iklan

"Para pelajar boleh menggunakan untuk tujuan meningkatkan kemahiran dan mengaplikasikan kemudahan yang ada bagi menjana ekonomi menerusi koperasi sekolah," katanya.

Dalam pada itu katanya, pemberian komputer ini juga sebagai satu tanggungjawab sosial pihaknya kepada institusi pendidikan khususnya terhadap koperasi sekolah.

"Kita melihat pada jangka masa panjang koperasi sekolah merupakan platform terbaik untuk melatih usahawan pada masa akan datang.

"Sasaran kita pada 2020, agar hampir semua sekolah menengah ada koperasi, dan kita mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Pendidikan," katanya.

Yang turut hadir Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Haizal Ayop; Penolong Kanan Pentadbiran Tham Choong Yeeng; Penolong Kanan HEM Sekolah Padzli Abdullah; Penolong Kanan Kokurikulum Hana Marlin Esa; Penolong Kanan Pentadbiran Jamilah Khalid, guru-guru dan pelajar.