SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyasarkan potensi nilai jualan RM1.5 bilion pada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 yang berlangsung pada 19 Oktober depan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 50,000 pengunjung dijangka hadir dengan 1,057 reruai.
Iklan
Iklan
Menurutnya, SIBS adalah kemuncak sidang perniagaan yang dianjurkan kerajaan negeri pada setiap tahun.
Amirudin berkata, Selangor telah menjana potensi nilai jualan sebanyak RM1.45 bilion pada penganjurannya tahun lalu.
"Inilah Selangor yang terus komited menyemarakkan ekonomi negeri sebagai gerbang utama pelaburan Malaysia," katanya.