Lelaki pulang dialisis cedera, kereta masuk parit

Iklan
Kereta dipandu mangsa masuk ke dalam parit selepas hilang kawalan di Jalan Alam Perdana - Bandar Puncak Alam pada Isnin.

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki berusia 51 tahun cedera di bahagian muka selepas kereta dipandu masuk ke dalam parit di Jalan Alam Perdana - Bandar Puncak Alam di sini pada Isnin.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kejadian berlaku semasa pemandu dalam perjalanan dari pusat dialisis ke rumahnya di Bandar Tasik Puteri.

Iklan
Iklan

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.38 pagi dan seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya bersama jentera dikejarkan ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Wan Md Razali berkata, hasil siasatan mendapati kereta jenis Proton Saga dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terperosok dalam parit sedalam tiga meter.

Iklan
Iklan

"Mangsa tidak tersepit dan telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam yang kemudiannya dibawa ambulans Klinik Kesihatan Bestari Jaya untuk menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh," tambah beliau.