Empat maut dilanggar kereta api di Sepanyol

Iklan
Empat orang maut selepas dirempuh kereta api di pinggir bandar berhampiran Barcelona. - Foto EPA

MADRID - Empat orang maut selepas dirempuh kereta api di pinggir bandar berhampiran Barcelona, kata pihak berkuasa pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Agensi Perlindungan Awam pada awalnya telah melaporkan tiga maut manakala seorang cedera dalam kejadian pada Ahad malam.

Iklan
Iklan

Tetapi kemudian dalam satu catatan di platform media sosial X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter, agensi itu menyatakan seorang mangsa yang cedera telah meninggal dunia.

Sekumpulan tujuh orang telah cuba menyeberangi landasan berhampiran stesen Montmelo, dalam kawasan metropolitan Barcelona, ketika waktu gelap di kawasan yang tidak dibenarkan melintas.

Iklan
Iklan

Kemalangan sering berlaku apabila orang ramai memilih cuba menyeberangi landasan kereta api berbanding menggunakan laluan pejalan kaki disediakan. - Bernama