Rusia tawar perjalanan bebas visa ke 5 negara termasuk Malaysia

Iklan
Gambar hiasan

VLADIVOSTOK - Rusia telah mencadangkan perjalanan tanpa visa ke Kuwait, Oman, Bahrain, Arab Saudi dan Malaysia, kata Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia, Maxim Reshetnikov pada Isnin, lapor Sputnik.

"Kami sedang berusaha ke arah mewujudkan kerajaan bebas visa dengan negara-negara Asia Barat dan Asia Selatan. Kami telah mencadangkan pemansuhan sepenuhnya visa ke Kuwait, Oman, Bahrain, Arab Saudi dan Malaysia.

Iklan
Iklan

"Salah satu sebab minat dalam isu ini adalah kemungkinan peningkatan trafik pelancong, termasuk yang premium," kata Reshetnikov pada panel di Forum Ekonomi Timur (EEF) di bandar Pasifik Rusia, Vladivostok.

EEF ke-8 sedang berlangsung di kampus Universiti Persekutuan Timur Jauh dari 10-13 September. RIA Novosti ialah rakan media rasmi forum tersebut. - Bernama

Iklan

Iklan