Sembilan pelajar UPM timba ilmu di New Zealand

Iklan
Pelajar Universiti Putra Malaysia mengabdikan kenangan di University of Otago, New Zealand.

SHAH ALAM - Sembilan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima pengalaman berharga apabila menyertai program mobiliti ke New Zealand selama 14 hari baru-baru ini.

Pengarah program Spectacular Scientist Journey: Exploring New Zealand itu, Nor Izwan Hakimi berkata, delegasi pelajar tersebut turut merasai pengalaman sesi dalam kelas di dua universiti terkemuka iaitu University of Canterbury (UC) dan University of Otago (UO).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada sesi jelajah ilmiah pula, mereka dibawa melawat stesen penyelidikan, New Zealand Marine Studies Centre dan sebuah taman hidupan liar, Willowbank Wildlife Reserve yang menempatkan spesies asli seperti burung kiwi dan kea.

"Kelainan program mobiliti kali ini ialah pendekatan dakwah jalanan di sekitar bandar Queenstown dan pelajar berpeluang melawat serta mendengar kronologi peristiwa hitam yang meragut 51 nyawa di Masjid An-Nur Canterbury Islamic Centre berlaku pada 2019.

Iklan

"Penduduk komuniti berbesar hati mempersembahkan Kapa Haka, tarian dan nyanyian dalam Bahasa Māori, pelajar dapat bermain permainan warisan iaitu permainan kayu Māori atau dikenali sebagai Tī tī tōrea serta mempelajari cara penyediaan Scones iaitu sejenis roti berasaskan tepung oat,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Program mobiliti tersebut bermula 2 hingga 16 Ogos 2023 itu bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada delegasi pelajar UPM, membuka minda dan meningkatkan kemahiran insaniah mereka kepada tahap yang baik, secara tidak langsung dapat menghasilkan mahasiswa bermutu tinggi.

Iklan

Tambahnya, dia berharapkan program ini menjadi penanda aras bagi UPM khususnya kepada Fakulti Sains dalam mengadakan lagi program mobiliti berimpak tinggi pada masa akan datang.