Strategi pingat Malaysia di Hangzhou 2022

Iklan
Kim Fatt (tengah) ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Temasya Sukan Asia dan Para Asia Hangzhou 2022 di MSN pada Isnin.

KONTINJEN Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022 di China pada bulan ini menampilkan strategi berbeza apabila menetapkan sasaran 27 pingat secara keseluruhan berbanding ukuran emas berbanding temasya sebelum ini.

Ketua kontinjen (CDM) Datuk Chong Kim Fatt berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk wakil dari Universiti Sains Sukan Nippon (NSSU).

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mereka juga berpendapat sasaran pingat emas sahaja boleh memberi tekanan berlebihan kepada atlet negara sekali gus menjejaskan tumpuan mereka untuk mempamerkan aksi terbaik.

Malah tambahnya, amalan untuk tidak mengumumkan sasaran emas juga sudah dipraktiskan beberapa negara lain termasuk Jepun, Hong Kong, Singapura dan Iran.

Iklan

"Keputusan penetapan sasaran itu dibuat menerusi satu bengkel yang melibatkan CDM, pengurus pasukan, wakil MOM (Majlis Olimpik Malaysia), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK), MSN dan ISN (Institut Sukan Negara) bagi membincangkan komitmen sasaran persatuan yang akan ke Hangzhou nanti," katanya.

Kim Fatt (tiga dari kiri) pada sidang media mengumumkan sasaran pingat Sukan Asia Hangzhou di Bukit Jalil pada Isnin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara yang akan menyertai Sukan Asia Hangzhou bermula 23 September hingga 8 Oktober dan Sukan Para Asia bulan depan.

Iklan

Majlis penyerahan disempurnakan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Isnin.

Kim Fatt menjelaskan, hasil bengkel juga telah mengenalpasti atlet dan 13 jenis yang dijangka meraih pingat termasuk terjun, badminton, berbasikal trek, ekuestrian, hoki padang, karate, memanah, olahraga, pelayaran, sepak takraw, skuasy, wushu dan e-sukan.

"Sasaran tersebut dibuat berdasarkan kepada kehilangan 12 pingat pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 iaitu dua emas, enam perak dan empat gangsa," katanya,

Pada Sukan Asia edisi ke-19 itu, kontinjen Malaysia akan disertai oleh 289 atlet serta 145 pegawai dan bakal menyertai 22 daripada 40 sukan melibatkan 121 daripada 481 acara.

Pada temasya lalu, kontinjen negara membawa pulang tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa, manakala pencapaian terbaik Malaysia ialah pada Sukan Asia Guangzhou 2010 apabila meraih sembilan emas, 18 perak dan 14 gangsa.