NEW DELHI - Kanada telah menghantar sebuah lagi pesawat ke India untuk membawa pulang Perdana Menteri Justin Trudeau, yang terkandas di negara itu sejak petang Ahad selepas pesawat yang dinaikinya untuk menghadiri sidang kemuncak G20 di New Delhi mengalami masalah teknikal.
Sebuah pesawat Airbus gantian telah meninggalkan Trenton di Kanada dan sedang dalam perjalanan ke ibu negara India untuk mengambil Trudeau dan delegasinya.
Iklan
Iklan
"Pada masa ini CFC002 sedang dalam perjalanan. Kami sedang berusaha untuk berlepas pagi esok, tetapi mengakui keadaan boleh berubah," kata jurucakap Trudeau Mohammad Hussain pada Isnin.
Trudeau dijadualkan meninggalkan New Delhi pada Ahad malam, tetapi Angkatan Bersenjata Kanada menemui masalah teknikal pada pesawat CFC001 semasa pemeriksaan keselamatan sebelum penerbangan.
Masalah itu tidak"dapat diperbaiki semalaman", menurut kenyataan Kanada pada Ahad.
Pesawat yang terkandas itu, yang dibangunkan pada 1980-an, telah mengalami pelbagai masalah mekanikal selama ini, menurut laporan media Kanada. - Bernama