BRUSSELS - Kesatuan Eropah akan menyediakan 1 juta euro (AS$1.07 juta) kepada Maghribi bagi menyokong usaha bantuan di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi baru-baru ini, umum Suruhanjaya Eropah pada Isnin, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Kerana EU bersolidariti dengan rakyat Maghribi, kami mengeluarkan pembiayaan sebanyak 1 juta euro untuk membantu memenuhi keperluan mendesak penduduk," menurut Pesuruhjaya Krisis EU, Janez Lenarcic dalam satu kenyataan.