Kembara Kenali Borneo ke Kucing hari ini

Iklan
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan menyanyi pada Majlis Santapan bersama rakyat sempena Kembara Kenali Borneo di Dewan MUC, Kampung Bandung pada Isnin. - Foto Bernama

SIBU - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri, Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meneruskan penjelajahan Kembara Kenali Borneo menuju ke Kuching pada Selasa, melibatkan perjalanan sejauh 398 kilometer (km) dari sini.

Sebelum bertolak ke Kuching, kembara Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bersama rombongan yang memasuki hari ke-10 itu dijadualkan berangkat ke Pasar Sentral Sibu di sini, untuk santapan pagi dan lawatan di pasar itu hingga 12.30 tengah hari.

Iklan
Iklan

Usai acara berkenaan, Seri Paduka berdua dijadualkan berkenan menunaikan solat serta santapan tengah hari di Masjid Bandar Sri Aman selain melawat Fort Alice, sebuah kubu yang dibina semasa zaman pemerintahan Brooke di Sarawak, sebelum menuju ke hotel penginapan di Kuching.

Berangkat sama bagi Kembara Kenali Borneo di Sarawak ialah paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah.

Iklan

Kembara Kenali Borneo akan mengakhiri pengembaraan di Telok Melano, di selatan Sarawak esok selepas memulakan penjelajahan dari Tawau, Sabah pada 3 September lepas.

Kembara itu yang diadakan buat julung kali, bagi merealisasikan impian Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendekati rakyat Sabah dan Sarawak telah menamatkan perjalanan di Sabah pada 7 September lepas sebelum memasuki Sarawak menerusi Brunei.

Iklan

Penjelajahan selama 11 hari itu melibatkan perjalanan jarak sejauh 2,154km menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. - Bernama