Kes pilihan raya presiden: Trump minta hakim AS dikecualikan

Iklan
Trump Foto - AFP

WASHINGTON - Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin menuntut hakim persekutuan dalam kes subversif pilihan raya presiden 2020 dikecualikan, lapor Xinhua.

Peguam Trump berhujah bahawa kenyataan Hakim Daerah AS Tanya Chutkan, yang dibuat semasa menjatuhkan hukuman kepada dua defendan pada 6 Januari sebelum ini kelihatan merujuk kepada Trump, menunjukkan beliau percaya bahawa Trump"patut didakwa dan dipenjarakan."

Iklan
Iklan

"Kenyataan sedemikian, yang dibuat sebelum kes ini bermula dan tanpa proses yang sewajarnya, adalah batal,"menurut peguam Trump.

Trump telah didakwa oleh peguam khas Amerika Syarikat, Jack Smith, dengan empat pertuduhan jenayah kerana didakwa cuba mengubah keputusan pilihan raya presiden 2020.

Iklan

Trump adalah bekas presiden AS pertama yang menghadapi tuduhan jenayah. - Bernama-Xinhua

Iklan