'Ramai peminjam jumpa saya mohon hapus hutang Mara - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi mendedahkan ramai peminjam Majlis Amanah Rakyat (Mara) memohon kepadanya untuk menghapuskan hutang.

KUALA LUMPUR - Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendedahkan ramai peminjam Majlis Amanah Rakyat (Mara) memohon kepadanya untuk menghapuskan hutang.

Tidak berupaya memenuhi permohonan-permohonan sedemikian, sebaliknya, Pengerusi Mara itu menegaskan, beliau hanya boleh membantu menstrukturkan semula hutang serta jadual pembayaran balik.

Iklan
Iklan

Tegas Asyraf Wajdi, bukan hak beliau untuk menghapuskan hutang peminjam kerana wang Mara merupakan wang rakyat.

"Untuk menstrukturkan hutang dan jadual pembayaran balik boleh. Selebihnya, bukan hak saya kerana duit Mara adalah duit rakyat" katanya dalam hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook peribadinya, pada Selasa.

Iklan

Pada 17 Mac lalu, Asyraf Wajdi berkata, peminjam yang benar-benar berdepan kesukaran untuk melunaskan bayaran balik pinjaman Mara disarankan supaya berbincang dengan agensi berkenaan.

Katanya, ramai individu yang mengadu kepadanya setelah dihubungi Mara atau peguam agar membuat bayaran balik pinjaman.

Iklan