Kubur digali semula mungkin ada unsur khurafat

Iklan
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar ketika bercakap kepada pemberita di Balai Polis Gelang Patah di sini hari ini.

ISKANDAR PUTERI - Penemuan sebuah kubur di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bahagia, Kampung Pok, di sini yang digali semula, berkemungkinan bermotifkan khurafat.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, setakat ini, belum ada sebarang perkembangan baru daripada pihaknya berhubung kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, kes kubur belum ada lagi perkembangan lanjut. Kita percaya mungkin ada unsur khurafat kerana menyalahgunakan benda-benda yang ada pada badan si mati," katanya ketika ditemui pemberita di Stor Barang Kes, Balai Polis Gelang Patah di sini hari ini.

Ditanya sama ada suspek kenal si mati atau kubur menjadi sasaran bagi aktiviti khurafat, Dzulkhairi berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan si pelaku sudah sasarkan kubur tersebut.

Iklan

"Kita rasa mungkin dia sudah 'aim' sebab kubur itu, kubur baru," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan kubur seorang lelaki yang meninggal dunia akibat kemalangan pada November lalu, seakan digali semula.

Iklan

Kejadian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bahagia, Kampung Pok, dekat Gelang Patah itu disedari seorang wanita yang mahu menziarahi pusara suaminya.