Eksploitasi wanita jadi pelayan pub, tiga lelaki direman

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin.

PUCHONG - Tiga lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan berkaitan kes empat wanita warga Myanmar yang dipercayai menjadi mangsa eksploitasi buruh paksa.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian (D3) Pencegahan Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, tiga lelaki warga Myanmar berusia 23 hingga 36 tahun ditahan reman bermula Selasa hingga Jumaat bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

"Tiga lelaki itu berperanan sebagai ejen dan majikan selain pembantu majikan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan polis menyelamatkan empat wanita yang dieksploitasi dijadikan pelayan di sebuah pub haram.

Iklan

Kesemua wanita terbabit berusia antara 15 hingga 31 tahun termasuk seorang bawah umur dijadikan pelayan untuk pelanggan lelaki warga asing.

Kesemua mangsa telah dijanjikan bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan gaji RM1,500 sebulan.

Iklan

Bagaimanapun, suspek telah memaksa mangsa bekerja sebagai pelayan premis pusat hiburan tersebut.

Seorang mangsa berusia 26 tahun yang diselamatkan mendakwa telah dirogol oleh salah seorang suspek.

Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk tindakan lanjut bawah Seksyen 12 Akta Atipsom 2007 dan Seksyen 14 akta yang sama.