Jerman tetap bahaya biarpun pecat Flick - Deschamps

Iklan
Didier Deschamps Foto: AFP

PENGENDALI Perancis Didier Deschamps mengakui tidak terkejut dengan pemecatan rakan sejawatannya dari Jerman, Hansi Flick.

Biarpun mengakui bersimpati dengan Flick, namun Deschamps berkata, semua ketua jurulatih mengetahui kesan sekiranya pasukan kendalian gagal mencapai tahap yang prestasi ditetapkan pengurusan.

Iklan
Iklan

"Kebiasaannya jangkaan tinggi diletakkan terhadap pasukan berprofil tinggi seperti Jerman.Saya mendoakan yang terbaik buat Hansi.

"Biarpun tanpa Hansi, saya percaya Jerman tetap merupakan pasukan yang tetap akan memberikan masalah di Euro 2024.

Iklan

"Jerman dibekalkan dengan barisan pemain terbaik yang datang dari kelab terbaik dunia,” kata jurulatih yang membawa Perancis memenangi Piala Dunia 2018.

Sebagai rekod, Flick menjadi pengurus pertama dipecat dalam sejarah Jerman selepas prestasi buruk termasuk apabila hanya melakar satu kemenangan daripada enam perlawanan sejak Jerman tersingkir di peringkat kumpulan Piala Dunia 2022 di Qatar.

Iklan