Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat

Iklan

Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) melakukan gotong royong membersih kawasan di sekitar kawasan Pantai Batu Burok, hari ini.

Sehingga kini seramai 87 individu terdiri daripada pesalah kanak-kanak, muda dan dewasa yang terbabit dengan kesalahan kecil seperti lumba haram, pemanduan melulu dan curi motosikal menjalani PKM tersebut.

Iklan
Iklan

PKM merupakan alternatif bagi memberi peluang kedua kepada pesalah menjalani hukuman di luar penjara dan program tersebut berjaya menginsafkan mereka selepas memberi komitmen tidak melebihi 240 jam kredit untuk khidmat sosial.