Fahmi adakan sesi townhall bersama pemain industri digital

Iklan
PUTRAJAYA - Menyedari kepentingan ekonomi digital dalam memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil pada Selasa mengadakan sesi town hall bersama agensi dan pemain industri.

Menurut perkongsian Fahmi di Facebook, sesi dikenali sebagai"Belanjawan 2024: Sesi Town Hall Ekonomi Digital" itu bertujuan memperkasakan sektor berkenaan.

Menurut beliau, ekonomi digital telah menyumbang lebih 23 peratus kepada KDNK dan dijangkakan sektor itu dapat mencapai sumbangan KDNK sebanyak 25.5 peratus menjelang 2025.

Katanya, beliau bersama pasukan Kementerian Komunikasi dan Digital dan agensi berkaitan telah berjaya membawa masuk pelaburan sebanyak RM28.4 bilion pada setengah tahun pertama ini, yang merupakan lonjakan sebanyak 279 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

"Dalam kita merancakkan lagi sektor ini, saya memberi penekanan tegas bahawa kerajaan sangat menitikberatkan"the supply side" iaitu bakat-bakat digital tempatan. Ini sangat penting," katanya. - Bernama