Tun M, isteri ucap takziah buat keluarga Allahyarham Raymond Goh

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali mengucapkan takziah kepada keluarga penyampai berita Nightline TV3, Allahyarham Raymond Goh atau nama islamnya, Muhammad Zaman Goh yang meninggal dunia pada Selasa.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau pada Selasa, Dr Mahathir mendoakan semoga roh Muhammad Zaman ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Iklan
Iklan

"Allahyarham dikenali sebagai pembaca berita bersuara emas dan lama terlibat dalam dunia penyiaran sejak TV3 baharu ditubuhkan.

"Ketika itu saya Perdana Menteri keempat. Sememangnya beliau (Allahyarham Muhammad Zaman) akan sentiasa dikenang sebagai salah seorang pembaca berita legenda dunia,” katanya.

Iklan

Terdahulu, penyampai berita veteran itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar lalu dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya, Selangor pada 30 Ogos lalu dan telah meninggal dunia sekitar jam 10.40 pagi Selasa.

Menurut isteri Allahyarham, Faridah Teh, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur, selepas solat Asar hari ini.

Iklan

Allahyarham yang telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun itu, memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada program Nightline di stesen televisyen sama.