Tunggu selepas Sukan Asia - Nazifuddin

Iklan
Nazifuddin

SUKAN Asia Hangzhou 2022 akan menjadi 'eksperimen' buat kontinjen Malaysia untuk menguji strategi tidak menetapkan sasaran warna pingat secara spesifik sebagai berjaya atau sebaliknya.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Nazifuddin Najib memberitahu, pendekatan menyasarkan 27 pingat secara keseluruhan akan dikaji semula selepas berakhir temasya di Hangzhou nanti.

Iklan
Iklan

"Kita buat kali pertama mencuba amalan (sasaran) keseluruhan ini. Kita tengok keputusan di Sukan Asia dan akan buat post portem serta perbincangan.

"(Sukan) Olimpik memang berbeza sebab ada Jawatankuasa RTG (Road to Gold), jadi kita perlu melihat kepada keputusan di Sukan Asia dan kemudian putuskan untuk teruskan atau tak sistem baharu ini,” katanya.

Iklan

Kontinjen Malaysia buat julung kali tidak menyatakan secara khusus sasaran emas berbanding amalan sejak berdekad lalu.

Sebaliknya menyasarkan keseluruhan 27 pingat buat kontinjen negara seperti diumumkan Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Hangzhou 2022, Datuk Chong Kim Fatt pada Isnin.

Iklan