SEPANG - Pemeriksaan oleh anggota unit kereta peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang terhadap sebuah lori di kawasan Jalan UPM, Dato’ Abu Bakar Baginda di sini pada 4 September lepas, membongkar satu kes pembunuhan.
Ketika anggota MPV memeriksa lori itu yang dinaiki dua lelaki kira-kira jam 1.41 pagi, penumpang lori berkenaan kelihatan tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, anggota MPV kemudiannya mengiringi pemandu lori dan penumpang ke Hospital Serdang bagi mendapatkan bantuan.
Walaubagaimanapun, penumpang lelaki berusia 43 tahun itu kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh doktor yang memeriksanya.
"Hasil bedah siasat ke atas mangsa (penumpang) mendapati punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan trauma tumpul pada bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata susulan itu, pemandu lori berusia 41 tahun yang merupakan rakan mangsa direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
"Suspek dan mangsa tinggal di kawasan perumahan yang sama,” katanya. - Bernama