Daripada bergaduh, lebih baik wakili negara dalam seni bela diri

Iklan

MERAK Jalanan hairan, hampir setiap masa ada sahaja kes-kes pergaduhan melibatkan pelajar sekolah tular di media sosial.

Ahad lalu, tular video remaja berusia 14 dan 15 tahun sedang berkelahi di kawasan tanah lapang dipercayai di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.

Iklan
Iklan

Bulan lalu, video sekumpulan pelajar sekolah menengah membelasah seorang budak lelaki di sebuah taman perumahan dipercayai di Ulu Tiram, Johor Bahru turut tular.

Pergaduhan membabitkan pelajar sekolah bukanlah perkara yang baharu. Ketika di alam persekolahan, di depan mata Merak Jalanan sendiri pernah berlaku dua pergaduhan membabitkan pelajar sekolah.

Iklan

Namun ketika itu, pelajar sekeliling lebih berusaha meleraikannya, bukan merakam video untuk ditularkan seperti sekarang.

Punca bergaduh biasanya melibatkan perkara-perkara remeh seperti berebut kekasih dan dan ejek-mengejek.

Iklan

Mengapa begitu senang pelajar sekolah terbabit berasa marah sehingga sanggup bertumbuk hanya kerana perkara-perkara kecil. Adakah mereka ini dipenuhi dengan darah kepahlawanan sehingga gemar bertumbuk.

Jika betul dipenuhi darah pahlawan, lebih baik gunakan untuk sesuatu perkara yang positif, misalnya belajar seni bela diri seperti silat dan muay thai bersungguh-sungguh sehingga menjadi atlet kebangsaan. Mana tahu boleh sumbang pingat emas negara acara seni bela pada masa depan.

Bagi pihak berkuasa pula, selain menjatuhi hukuman denda atau penjara kepada pesalah, mungkin pelajar-pelajar ini boleh dihantar ke kem-kem seni bela diri. Bukan hanya mengajar cara mempertahankan diri, malah mengajar erti kesabaran.

Namun, jangan pula salah guna ilmu yang dipelajari untuk membalas dendam kepada orang yang menyerang kita. Cukuplah gunakan ilmu dipelajari itu untuk membela diri sendiri sahaja.