APMM tahan bot nelayan asing tangkap ikan di perairan negara

Iklan
Foto Bernama

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sarawak berjaya menahan dua buah bot nelayan asing dalam satu operasi kira-kira 80 batu nautika Utara Kuching, petang Sabtu lepas.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak Komander Maritim Hamiludin Che Awang berkata seramai 29 awak-awak serta tekong warga Vietnam itu ditahan dalam satu operasi kira-kira jam 5 petang ketika sedang menangkap ikan.

Iklan
Iklan

"Semasa pihak kami melakukan pemeriksaan ke atas vesel tersebut, didapati tekong dan awak-awak gagal menunjukkan sebarang bukti dokumen pengenalan diri yang sah.

"Nelayan berusia antara 20 dan 50 tahun itu boleh didenda RM100,000 setiap seorang atau penjara sehingga dua tahun dan dilucutkan hak ke atas vesel berkenaan,” katanya pada sidang media mengenai penahanan bot itu di Jeti kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin di sini hari ini.

Iklan

Beliau berkata kedua-dua vesel tersebut disyaki melakukan kesalahan mengikut seksyen 15(1)(a), Akta Perikanan 1985 dan jika disabitkan kesalahan, tekong berkenaan boleh didenda RM1 juta atau penjara sehingga dua tahun.

"Hasil pemeriksaan oleh pihak kami mendapati nilai rampasan adalah melebihi RM2 juta, termasuk nilai dua buah vesel, ikan dan juga peralatan menangkap ikan.

Iklan

"Hasil laut yang telah dicuri adalah sebanyak tiga tan, di mana satu tan merupakan ikan campur dan dua tan lagi merupakan ikan baja,” tambahnya.

Setakat Januari hingga hari ini, sebanyak empat kes dilaporkan meibatkan nelayan asing yang menceroboh memasuki perairan Malaysia untuk mencuri hasil laut Sarawak.- Bernama