Perancis haramkan jualan iPhone 12 sehingga notis lanjut dikeluarkan

Iklan
Pemasaran iPhone 12 telah dihentikan di Perancis sehingga Apple menawarkan kemas kini untuk semua peranti yang terjejas.

GENEVA - Perancis pada Selasa mengarahkan Apple menarik balik penjualan iPhone 12 selepas ujian mendapati model itu menghasilkan tahap sinaran melebihi had, lapor Agensi Anadolu.

"Pemasaran iPhone 12 telah dihentikan di Perancis sehingga Apple menawarkan kemas kini untuk semua peranti yang terjejas," kata Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Jean-Noel Barrot di X (dahulunya Twitter).

Iklan
Iklan

Barrot meminta Agensi Frekuensi Kebangsaan (ANFR), iaitu badan pemerhati radiasi Perancis untuk"menguatkuasakan peraturan itu demi memastikan larangan ini dihormati."

Sebelum itu, ANFR memaklumkan dalam satu kenyataan bahawa baru-baru ini ia menyemak Kadar Penyerapan Khusus (SAR) 141 telefon, termasuk iPhone 12.

Iklan

SAR mengukur tenaga yang dikeluarkan oleh gelombang elektromagnet dan diserap oleh tubuh manusia.

"Kegagalan ini, Apple akan dikehendaki menarik balik mana-mana unit yang telah dijual," menurut ANFR.

Iklan

Di Eropah, apabila telefon dipegang di tangan atau dalam poket seluar, ia mesti mempunyai tahap sinaran 4 watt sekilogram, manakala ANFR mendedahkan bahawa jumlah sinaran dikeluarkan iPhone12 sekitar 5.74 W/kg. - Bernama