Argentina teruskan momentum positif

Iklan
Pemain Argentina meraikan jaringan ketika menentang Bolivia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada awal pagi Rabu. - Foto AFP

KETIADAAN Messi yang direhatkan tidak memberikan masalah kepada Argentina untuk meraih kemenangan 3-0 ke atas Bolivia dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 pada awal pagi Rabu.

Angel Di Maria mengambil alih tugas sebagai kapten semasa ketiadaan Messi dan menyinar dengan dua bantuan gol pada separuh masa pertama.

Iklan
Iklan

"Dua perlawanan penting untuk kami dan amat perlu untuk mendapatkan enam mata dalam perlawanan tersebut.

"Diberi lilitan kapten oleh pemain terbaik dunia memang sukar dipercayai, saya amat berbangga,” kata Di Maria.

Iklan

Pemain Chelsea, Enzo Fernandez menjadikan kedudukan 1-0 selepas setengah jam perlawanan apabila dia menyudahkan hantaran lintang Di Maria.

Bolivia turut terpaksa bermain 10 pemain selepas Roberto Fernandez dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan kasar ke atas Cristian Romero.

Iklan

Nicolas Tagliafico menggandakan kedudukan untuk Argentina menerusi tandukan daripada sepakan percuma Di Maria pada minit ke-42, sebelum rembatan kencang Nicolas Gonzalez mengesahkan kemenangan pada minit ke-83.

Sebelum ini, Argentina menewaskan Ecuador dalam satu lagi aksi kelayakan Piala Dunia pada Jumaat.