Anak lelaki risau tahap kesihatan Suu Kyi di penjara

Iklan
Gambar fail pada 2010 Kim Aris mendampingi ibunya, Aung San Suu Kyi. - Foto AP

LONDON - Kim Aris, anak lelaki kepada bekas pemimpin Mynmar, Aung San Suu Kyi meluahkan kebimbangannnya berhubung kesihatan ibunya yang kini dalam tahanan.

Ini kerana, dakwa Aris, ibunya yang dipenjara selama lebih dua tahun dinafikan akses kepada doktor luar selepas mengalami pening dan muntah.

Iklan
Iklan

Suu Kyi yang berusia 78 tahun juga didakwa mengalami penyakit gusi yang serius.

"Saya sangat bimbang dengan keadaan ibu.

Iklan

Dia sudah berusia 78 tahun, tidak sekuat dahulu.

Beliau tidak boleh makan menyebabkan keadaannya semakin tidak baik,” tegas Aris.

Iklan

Aris yang tinggal di kota London turut memaklumkan tidak dapat menghubungi ibunya sejak dia ditahan.

Dari segi penjagaan pun dia tidak dibenarkan.

Dia tidak dibenarkan bertemu peguam dan pelawat.

Dia tidak dibenarkan bergaul dengan banduan lain.

Ini setakat yang saya tahu seolah-olah ada bilik sel sendiri,” dedah Aris lagi.

Suu Kyi telah memenangi pilihan raya pada 2015, yang diadakan sebagai sebahagian daripada tentatif reformasi ketenteraan dan partinya menang sekali lagi pada 2020.

Tentera kemudian menggulingkan dan menangkap Suu Kyi pada Februari 2021, dengan dakwaan berlaku penyelewengan dalam pilihan raya.

Suu Kyi yang juga penerima Hadiah Nobel Keamanan berdepan penjara selama 27 tahun berkaitan 19 kesalahan jenayah. - Agensi