Jerman tamatkan badi kekalahan

Iklan
Jerman berjaya mengatasi Perancis dalam aksi persahabatan di Signal Iduna Park. - Foto AFP

TUAN rumah Euro 2024, Jerman menewaskan Perancis 2-1 dalam perlawanan persahabatan untuk menamatkan badi tiga kekalahan berturut-turut dan mendapatkan semula keyakinan selepas pemecatan pengendali pasukan Hansi Flick pada Ahad.

Gol daripada Thomas Mueller dan Leroy Sane pada setiap babak perlawanan memberikan kemenangan pertama mereka dalam enam perlawanan terakhir.

Iklan
Iklan

Prestasi keseluruhan, Jerman yang kini dibimbing pengarah sukan, Rudi Voeller jauh lebih baik berbanding ketika tewas 1-4 di tempat sendiri kepada Jepun pada Sabtu lalu.

"Memang kami tahu kami akan bekerja keras hari ini. Ia adalah keadaan yang gila dalam tiga hari lalu. Tetapi tahniah kepada Rudi dan barisan kejurulatihan mengatasinya.

Iklan

"Kami melakukan apa yang kami perlu. Kami bekerja keras dan kami diberi ganjaran untuknya. Kami tidak sepatutnya terlalu gembira tentang kemenangan ini tetapi bagi kami ia adalah satu kelegaan," kata Mueller.

Dalam pada itu, Voeller percaya, Jerman akan meningkat lebih baik selepas ini dan mahu pasukan mengekalkan rentak kemenangan.

Iklan

"Adalah penting bagi pemain untuk bermain seperti hari ini terutamanya pada separuh masa pertama. Ia adalah persembahan terbaik.

"Ia melegakan kami semua. Ia berasa baik terutamanya selepas kekalahan baru-baru ini,” katanya yang pernah melatih Jerman dari 2000-2004.