Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke laut Jepun

Iklan
Foto: 123RF

MOSCOW - Ketua Turus Bersama Korea Selatan mengesahkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik ke Laut Jepun awal Rabu, lapor Sputnik memetik agensi berita Yonhap.

Bagaimanapun, pasukan tentera tidak memberikan sebarang butiran mengenai pelancaran itu, sementara menunggu analisis.

Iklan
Iklan

Kementerian Pertahanan Jepun mengesahkan pelancaran misil di platform X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).

"Korea Utara melancarkan objek yang mungkin adalah peluru berpandu balistik," menurut kementerian itu.

Iklan

Pengawal Pantai Jepun mendakwa bahawa peluru berpandu balistik itu sudah mendarat. - Bernama

Iklan