Majlis perasmian pembukaan Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2023 disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Selasa malam.
SIPMA 2023 berlangsung dari 10 hingga 17 September ini melibatkan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (MSIPGM) dan Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia (MSMM).
Turut terlibat Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum), Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSPM), Majlis Sukan Kolej Komuniti Malaysia (Maskom) dan Majlis Sukan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Masiswa).