KUALA LUMPUR - Meskipun cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dihapuskan pada 1 Jun 2018 namun ada beberapa pihak mencadangkan cukai tersebut dilaksanakan semula.
Cadangan sama turut disuarakan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS - Sri Aman) ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Rabu.
Iklan
Iklan
"Saya amat setuju sekiranya GST yang pernah satu ketika dulu jadi kontroversi diperkenalkan semula supaya dapat meluaskan lagi asas pendapatan negara.
"GST terbukti berkesan kerana kesemua 175 negara yang telah melaksanakan GST ini, tiada satu pun yang berpatah balik kecuali Malaysia pada satu ketika dahulu.
"Mohon pendapat kementerian berkenaan perkara ini," katanya.
Astro AWANI pada Isnin lepas melaporkan kerajaan tidak menolak untuk memperkenalkan semula GST yang telah dimansuhkan sebelum ini.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, kerajaan akan mengutamakan strategi untuk meluaskan sumber hasil negara termasuk fokus membangunkan Cukai Keuntungan Modal, yang dijadualkan dilaksanakan pada 2024. - Awani