Potong barisan punca kekecohan pekerja asing di tapak pembinaan

Iklan
Tangkap layar kejadian yang tular kejadian kekecohan di tapak pembinaan sebuah pangsapuri di Bukit Tinggi, Klang.

KLANG - Kekecohan melibatkan pekerja asing yang berlaku di tapak pembinaan sebuah pangsapuri di Bukit Tinggi, di sini dipercayai berpunca kerana memotong barisan untuk masuk bekerja.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada jam 8 pagi, Julai lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pada masa itu, tiga pekerja asing telah memotong barisan untuk masuk bekerja menyebabkan berlakunya pertengkaran mulut dan tolak menolak antara pekerja asing sebelum dileraikan.

"Polis juga telah mengenal pasti individu yang memuat naik video terbabit di aplikasi TikTok," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebelum itu, polis telah mengesan satu rakaman video berdurasi 37 saat pada Selasa memaparkan kejadian rusuhan di tapak pembinaan terbabit.

Justeru, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video terbabit bagi mengelakkan kegusaran masyarakat.

Iklan