Spalletti mula teruja kendali Itali

Iklan
Spalletti - Foto Agensi

PENGENDALI Itali, Luciano Spalletti mengakui mula menikmati peranan bersama The Azzurri selepas menjinakkan Ukraine, 2-1 dalam aksi Kumpulan C Kelayakan Euro 2024 di Stadium San Siro pada Rabu.

Malah, bekas pengendali kelab Serie A Itali, Napoli berusia 64 tahun itu menyifatkan tiga mata tersebut lebih bermakna apabila diraih di depan para penyokong pasukan nombor lapan dunia berkenaan.

Iklan
Iklan

"Ya, satu kemenangan yang amat penting ditambah dengan sokongan sungguh luar biasa di sini, saya rasa seperti berada di syurga, dikelilingi oleh warna biru.

"Biarpun begitu saya akui pada mulanya kami berdepan pelbagai kesukaran yang dihadirkan pasukan Ukraine.

Iklan

"Namun seperti semua orang tahu bahawa pasukan Itali miliki tanggungjawab, yang akhirnya dilaksanakan setiap para pemain dalam perlawanan ini,” kata Spalletti.

Dalam perlawanan itu, Davide Frattesi meledak dua gol pada minit ke-12 dan m-29 sebelum kapten Ukraine, Andriy Yarmolenko merapatkan jurang pada minit ke-41.

Iklan

Tiga mata diraih skuad kendalian Spalletti menghidupkan kembali kempen Itali yang kini menghuni tangga kedua Kumpulan C dengan tujuh mata kurang satu perlawanan - enam mata di belakang England.

Sebagai rekod, kemenangan ini merupakan yang pertama buat Spaletti pada perlawanan sulungnya di laman sendiri selepas terikat 1-1 ketika menentang Macedonia Utara pada 10 September lalu.