40 individu dikompaun tidak guna jejantas

Iklan
40 orang individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing ditahan dan dikenakan notis kompaun serta-merta.

KUALA LUMPUR - Seramai 40 individu termasuk warga asing dikompaun kerana melakukan kesalahan lalu lintas iaitu tidak menggunakan jejantas di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Chow Kit di ibu negara pada Selasa.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan pemantauan dan pemerhatian sebelum itu dilakukan oleh Pasukan Warden Trafik DBKL di beberapa kawasan tumpuan di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, terdapat segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas dengan melintas jalan utama tanpa menggunakan kemudahan jejantas.

Menurut DBKL, tindakan mereka mengundang ancaman kemalangan dan kecederaan fizikal malah boleh mengakibatkan kematian.

Iklan

"Menerusi tindakan penguatkuasaan operasi jejantas kali ini, seramai 40 individu terdiri daripada warga tempatan dan warga asing ditahan dan dikenakan notis kompaun serta-merta.

"Tindakan penguatkuasaan dibuat melalui peruntukan undang-undang mengikut Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987," kata kenyataan itu.

Iklan

Tambah kenyataan itu, DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang dikenal pasti.