Puluhan maut kebakaran pangsapuri di Hanoi, Vietnam

Iklan
Anggota bomba giat memadamkan kebakaran dan menyelamat orang di blok apartmen di Hanoi pada Rabu - Foto: AFP

HANOI - Puluhan penduduk Vietnam maut manakala 54 lagi di dimasukkan ke hospital pada awal pagi Rabu selepas kebakaran berlaku di sebuah blok pangsapuri di ibu negara Vietnam, Hanoi sebelum tengah malam Selasa, lapor Xinhua.

Setakat jam 5 pagi waktu tempatan pada Rabu, pihak berkuasa telah menyelamatkan 70 orang dan mengejarkan 54 daripada mereka ke hospital, lapor Agensi Berita Vietnam.

Iklan
Iklan

Kebakaran berlaku di tingkat pertama blok pangsapuri sembilan tingkat di mana 150 orang tinggal, di kawasan Khuong Dinh, daerah Thanh Xuan.

Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, Vietnam menyaksikan 1,286 kebakaran dan letupan yang membunuh 69 orang, mencederakan 64 yang lain, dan menyebabkan kerugian harta benda hampir 200.7 bilion dong Vietnam (AS$8.3 juta). - Bernama

Iklan

Iklan