RIGA (LATVIA) - Umat Islam diingatkan agar mengerjakan lima Rukun Islam bagi menunjukkan ketaatan kepada ALLAH SWT yang akan meningkatkan ketakwaan dan memperkuat hubungan spiritual dengan tuhan.
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mengingatkan perkara itu dalam titah baginda di majlis Jelajah Ilmu UniMAP ke-17 di Pusat Islam Riga di sini bertitah, agama Islam menyediakan landasan akhlak dan etika mulia dalam kehidupan.