Lelaki didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1 juta

Iklan
Muhammad Yusof (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu atas 12 pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta antara 2020 dan 2021. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Seorang bekas pekerja syarikat jualan dalam talian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu atas 12 pertuduhan membabitkan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM1 juta antara 2020 dan 2021.

Tertuduh, Muhammad Yusof Zubair, 28, didakwa terlibat dalam aktiviti tersebut dengan menggunakan dan memindahkan wang daripada akaunnya ke beberapa akaun lain termasuk pembayaran kad kredit secara berperingkat dengan berjumlah keseluruhan M904,010.25.

Iklan
Iklan

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan menerusi tiga akaun bank miliknya dan seorang individu lain di tiga cawangan bank berbeza sekitar Petaling Jaya dan Shah Alam, antara 9 Disember 2020 hingga 13 Julai 2021.

Muhammad Yusof dituduh mengikut 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Iklan

Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan atau RM5 juta mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Julianazriana Jaafar mencadangkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Iklan

Peguam tertuduh, Abdul Rahman Zulkhairi memaklumkan anak guamnya tidak ingin dijamin atas kerelaannya sendiri.

Hakim Muhamad Anas Mahadzir membenarkan cadangan pihak pendakwaan dan sebutan semula kes ditetapkan pada 20 November ini. - Bernama