48 motosikal, kereta disita JPJ

Iklan
Antara motosikal yang disita oleh JPJ dalam Operasi Sepadu di Plaza Tol Batu, di sini, pada Selasa.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengeluarkan 1,119 notis pelbagai kesalahan, manakala 48 motosikal dan kereta disita dalam Operasi Sepadu di Plaza Tol Batu, di sini, pada Selasa.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, sepanjang perlaksanaan operasi pada jam 6 petang hingga 3 pagi itu antara kesalahan dikesan melibatkan tiada lesen memandu dan lesen kenderaan motor tamat tempoh.

Iklan
Iklan

"Kita turut mengesan kesalahan tiada perlindungan insuran, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan pelbagai kesalahan teknikal kenderaan termasuk ubah suai ekzos," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Mohd Zaki berkata, seramai 121 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi terlibat dalam operasi itu.

Iklan

"Agensi yang terlibat dalam operasi itu antaranya Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pendaftaran Negara serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan," katanya.

Beliau berkata, AADK turut memeriksa 35 individu.

Iklan

"Hasil ujian air kencing, AADK mendapati lima individu positif dadah jenis methamphetamine," katanya.

Mohd Zaki berkata, pihaknya memfokuskan kepada pemantauan pematuhan peraturan dan undang-undang terhadap pengguna kenderaan persendirian yang meliputi pelbagai kenderaan termasuk motosikal.

"Pengguna dan pemilik kenderaan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi semua peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

"Kita tidak akan berkompromi terhadap sebarang kesalahan dan kegagalan mematuhinya yang akan diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)," tegasnya.