Anwar mahu Malaysia jadi negara terunggul

Iklan
Anwar ketika menyertai sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2023 di Singapura pada Rabu. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi visi agar Malaysia memperoleh semula status yang dicapainya pada 1990-an dan menjadi sebuah negara unggul di rantau ini - dari segi ekonomi, politik, tadbir urus yang baik, dan sebagai contoh masyarakat majmuk berbilang kaum.

Berucap di Milken Institute Asia Summit 2023 di Singapura pada Rabu, Perdana Menteri berkata, berdasarkan senario semasa dan pasukan yang ada, beliau optimis bahawa matlamat itu boleh dicapai.

Iklan
Iklan

"Kita harus mempercepatkan proses dan mempercepatkan reformasi yang kita janjikan kepada negara," katanya semasa sesi khas yang bertajuk 'A Conversation with Prime Minister of Malaysia' yang disiarkan secara langsung dalam talian.

Anwar membayangkan Malaysia akan berkembang sebagai contoh masyarakat pelbagai kaum yang menghayati kemanusiaan dan belas kasihan.

Iklan

Bagaimanapun, beliau berkata, ia bergantung kepada keupayaan kerajaan untuk mentadbir dengan adil dan saksama.

Apabila ditanya mengenai ketidakstabilan politik yang membimbangkan pelabur luar, Anwar menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan mempunyai majoriti kuat di Parlimen, sekali gus menafikan tanggapan mengenai ketidakstabilan politik di negara ini.

Iklan

Beliau percaya bahawa dengan dasar-dasar ekonomi yang tepat dan jelas, Malaysia boleh mencapai prestasi lebih baik berbanding 1990-an, berkat komitmen kerajaan terhadap tadbir urus yang baik, elemen yang sering kali tiada di kebanyakan negara-negara membangun. - Bernama