Pemilik Proton X90 akan dihubungi untuk periksa kenderaan

Iklan

SHAH ALAM - Proton Holdings Bhd (Proton) akan menghubungi semua pemilik kenderaan Proton X90 secara individu berhubung kes masalah sambungan pembumian (grounding) pada badan kenderaan yang dikenal pasti.

Menurutnya, masalah tersebut boleh menyebabkan berlakunya pemanasan melampau pada kenderaan.

Iklan
Iklan

Syarikat automotif itu dalam satu kenyataan berkata, sebagai langkah keselamatan kepada pengguna, tindakan pembaikan akan diambil oleh pusat servis bagi menghapuskan sebarang risiko haba.

"Siasatan menyeluruh telah dijalankan dan dikenal pasti oleh pakar produk dari Proton dan Geely terhadap isu haba pada penyambung kendearaan.

Iklan

"Haba yang terlalu panas di kawasan penyambung arus besar berlaku secara berterusan boleh mengakibatkan kejadian terma berdekatan bahan kalis bunyi,” katanya pada Rabu.

Sementara itu, Proton turut menafikan insiden kenderaan utiliti sukan (SUV) X90 yang terbakar pada 24 ogos lalu berpunca daripada bateri hibrid ringan(48v).

Iklan

Dalam pada itu, Proton memaklumkan, vendor syarikat tersebut telah mengambil tindakan dengan meningkatkan kawalan proses pembekal dan pemeriksaan dalam pengeluaran kenderaan X90.

"Kami ingin menegaskan kualiti produk dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan syarikat.

"Jika terdapat sebarang masalah pemilik juga boleh menghubungi pusat servis 3S/4S terdekat untuk temu janji atau menghubungi talian bantuan di 1-800-88-8398 untuk maklumat lanjut,” katanya.