Harga petrol, diesel tidak berubah hingga 20 September

Iklan
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 14 hingga 20 September ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON 95 serta diesel kekal bagi tempoh 14 hingga 20 September ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), RON97 akan kekal pada harga RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

Iklan
Iklan

"Untuk melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan akan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 dan diesel RM2.15, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara. - Bernama

Iklan
Iklan