Kerajaan Perpaduan ada majoriti besar, kekal hingga empat tahun - PM

Iklan
Anwar ketika menyertai sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia Milken Institute 2023 di Singapura pada Rabu. - Foto Bernama

SINGAPURA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia mempunyai majoriti besar dan stabil, malah beliau yakin keadaan ini akan kekal sehingga empat tahun lagi.

Ketika menjawab persoalan komuniti pelabur antarabangsa, beliau juga menjelaskan bahawa gelombang pembangkang yang tidak berjaya merentasi negeri-negeri kawasan selatan Semenanjung membayangkan Kerajaan Perpaduan mempunyai kekuatan untuk melawan naratif pembangkang.

Iklan
Iklan

"Banyak soalan ditanyakan mengenai pengaruh parti pembangkang di sesetengah negeri.

Tetapi saya berpuas hati dengan kedudukan kerajaan dengan hampir 2/3 (majoriti di Dewan Rakyat), ia merupakan satu majoriti besar dan Insya-ALLAH ia akan kekal sehingga empat tahun akan datang.

Iklan

"Kedua, kita faham bahawa gelombang parti pembangkang tidak berupaya merentasi negeri-negeri di selatan Semenanjung.

"Pada saya, ini menggambarkan bahawa kita mempunyai kapasiti untuk melawan naratif pembangkang menerusi program ekonomi dan inisiatif reformasi,” jelas Anwar.

Iklan

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada pertemuan tertutup bersama delegasi media Malaysia di Singapura.

Terdahulu, beliau turut serta dalam Sidang Kemuncak Asia ke-10 anjuran Milken Institute di Singapura di mana terlibat menerusi sesi"A Conversation with the Prime Minister of Malaysia” yang dikendalikan oleh pengacara dan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin.

Sesi berkenaan turut disiarkan di platform media sosial Awani.

Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengadakan pertemuan tidak rasmi bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isterinya dalam satu majlis minum petang.

Anwar tiba untuk lawatan kerja sehari ke Singapura dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada jam 10.30 pagi tadi.

Ketibaannya disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar. - Awani