Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil (dua, kanan) melihat hiasan dan visual yang bertemakan 'Cerita Malaysiaku' sempena Hari Malaysia 2023 yang terdapat pada bahagian dalam Tren LRT ketika hadir melancarkan Tren 'Cerita Malaysiaku' di Stesen LRT Universiti, Kuala Lumpur, hari ini.
Tren 'Cerita Malaysiaku' dibalut khas dan dihiasi dengan visual yang memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum dan budaya.
Turut kelihatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah (kanan). - Foto Bernama