Sabah waspada muslihat Perak di Likas

Iklan
KIM SWEE

SABAH FC terpaksa melupakan khidmat empat tonggak utama The Rhinos apabila melayan kunjungan Perak FC dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas pada Jumaat.

Namun pengendali The Rhinos, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan ketiadaan Stuart Wilkin, Darren Lok, Daniel Ting dan Dominic Tan itu bukan alasan untuk kelab Kepulauan Borneo itu mengambil mudah ancaman anak buah Yusri Che Lah tersebut.

Iklan
Iklan

Sebaliknya Kim Swee menuntut para pemain The Rhinos lebih berwaspada dengan peningkatan The Bos Gaurus yang menyingkirkan cabaran pasukan pilihan Kedah Darul Aman FC sebelum ini.

"Keupayaan Perak pernah mengejutkan Kedah sebelum ini menuntut komitmen penuh para pemain untuk lebih fokus dalam perlawanan suku akhir pertama.

Iklan

"Para pemain Sabah tidak boleh mengambil mudah atau selesa ketika beraksi di Stadium Likas kerana mereka perlu mendapatkan bekalan mencukupi untuk aksi timbal balas di Stadium Perak selepas ini,” katanya pada Rabu.

Sebagai rekod, Stuart, Darren, Daniel dan Dominic antara pemain yang menggalas cabaran negara ketika mengharungi perlawanan persahabatan menentang Syria dan China di Chengdu sebelum ini.

Iklan

Mengenai ketiadaan empat tonggak utama The Rhinos, Kim Swee berkata, The Rhinos telah melakukan persiapan rapi melalui proses latihan daripada awal tahun sehingga hampir penghujung tahun bagi berdepan situasi tersebut.

"Kita telah melakukan percaturan penting dengan meletakkan beberapa pemain lain bagi mengisi posisi pemain tonggak berkenaan.

"Jadi daripada segi persiapan dan taktikal saya tidak nampak kita akan mempunyai banyak masalah walaupun dengan ketiadaan beberapa pemain lain yang terlibat bersama pasukan kebangsaan.

"Apa yang penting beberapa pemain yang menyertai latihan bersama pasukan kebangsaan dapat mengekalkan kecergasan mereka kerana selepas ini ada beberapa perlawanan yang penting termasuk Piala AFC,” katanya.

Sebagai rekod, Sabah akan berdepan juara lapan kali Perak di Stadium Likas, Kota Kinabalu jam 8.15 malam manakala timbal balik kedua di Stadium Perak, Ipoh jam 9 malam pada 25 September.

PIALA MALAYSIA 2023

SUKU AKHIR PERTAMA

JUMAAT (15 SEPTEMBER)

Sabah FC lwn Perak FC

(Stdm Likas, 8.15 malam)

SABTU (16 SEPTEMBER)

Terengganu FC lwn Selangor FC

(Stdm Sultan Mizan, Zainal Abidin, 9 malam)

AHAD (17 SEPTEMBER)

Kuala Lumpur City lwn Sri Pahang FC

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 8.15 malam)