PROVIDENCE - Seekor anak jerung yang terperangkap dalam sarung tangan bernasib baik apabila diselamatkan dua penyelam skuba yang kebetulan melakukan aktiviti menyelam di sekitar Rhode Island, England, lapor Sky News.
Ketika kejadian, Deb dan Steve Dauphinais dari Connecticut, Amerika Syarikat sedang menyelam di atas dataran pasir di Jamestown, Rhode Island dan ternampak seekor anak jerung bersaiz 40 sentimeter yang terperangkap dalam sarung tangan getah.
Iklan
Iklan
Dauphinais yang juga pengajar menyelam berkata, dia menyangka jerung itu sudah mati, namun apabila mendekatinya haiwan itu bergerak seperti hendak melarikan diri.
Kemudian, dia memanggil suaminya datang membantu melepaskan sarung tangan itu.
"Suami saya cuba menarik keluar sarung tangan dari kepala ikan itu. Selepas beberapa kali menariknya, akhirnya ikan itu bebas," katanya.
Dauphinais menambah, semasa sedang membantu anak kerung dogfish, dia dan suaminya sangat berhati-hati kerana bimbang ikan jerung besar datang menyerang mereka.
"Mujurlah kami selamat dan ikan itu cepat melarikan diri dan hilang dari pandangan kami," katanya sambil menambah ia bukan kali pertama mereka menyelamatkan hidupan marin di bawah air. - Agensi.