Puteri Norway umum tarikh perkahwinan bersama dukun

Iklan
Martha Louise dari keluarga diraja Norway akan mengadakan majlis perkahwinannya bersama seorang guru spiritual, Derek Verrett pada musim panas tahun depan. - Foto AP

PUTERI Martha Louise dari keluarga diraja Norway akan mengadakan majlis perkahwinannya bersama seorang guru spiritual, Derek Verrett pada musim panas tahun depan, umum pasangan itu.

Raja Harald V menzahirkan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut dan bertitah baginda sangat gembira untuk menyambut Verrett sebagai ahli keluarganya.

Iklan
Iklan

Puteri Martha mengambil keputusan meninggalkan istana tahun lepas untuk memulakan bisnes perubatan secara alternatif atau menjadi dukun bersama tunangnya.

Sebelum ini Verrett telah menjalankan beberapa seminar yang menawarkan perubatan dukun sekali gus mengajak para pesakitnya menggunakan 'kelebihan' yang dimiliki untuk mengubah dunia.

Iklan

Dia pernah mencadangkan penyakit kanser merupakan satu pilihan dan telah menjual tangkal dalam talian yang dikatakan mampu menghindari dari dijangkiti virus Covid-19.

Verrett juga dikatakan telah menulis sebuah buku dengan judul Spirit Hacking dengan pengisian berkaitan ilmu dukun berharga sekitar RM1,000.

Iklan

Ia antaranya mendakwa mampu mengundang roh atau menarik kuasa dari alam lain dan membantu seseorang pulih dari penyakit.

Puteri Martha pula mendakwa mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan malaikat.

Pasangan itu mengumumkan pertunangan mereka pada Jun 2022 dan mendapat restu raja.

"Baginda berdua mengalu-alukan kedatangan Durek Verrett ke dalam keluarga kami dan tidak sabar untuk meraikan hari istimewa itu bersama mereka," titah Raja dan Permaisuri Norway dalam satu kenyataan pada Rabu.

Majlis perkahwinan itu akan diadakan di Geiranger, Norway, salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Verret dilaporkan akan berpindah ke Norway dan sertai keluarga diraja itu tanpa memegang apa-apa gelaran. - Awani