SEPANG - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memajak dua Kenderaan Elektrik (EV) Renault Zoe yang akan digunakan dan diuji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Pengendali lapangan terbang itu dalam satu kenyataan hari ini menyebut bahawa langkah itu juga sebagai sebahagian daripada usaha bagi mengoptimumkan kos operasi dan pemanpanan Akreditasi Karbon Lapangan Terbang di Tahap 30-pengoptimis yang diiktiraf oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).