Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen

Iklan
Gambar Nurin Jazlin dan kapsyen yang dimuat naik oleh bapanya di Facebook undang sebak netizen.

SHAH ALAM - Walaupun sudah 16 tahun berlalu, kisah kematian tragis seorang kanak-kanak, Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan dan lebih memilukan apabila baru-baru ini bapanya, Jazimin Abdul Jalil mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 buat anak perempuannya itu.

Jazimin menulis pesanan hari lahir berkenaan dengan menyertakan gambar Nurin Jazlin di laman sosial, Facebook pada Isnin lalu.

Iklan
Iklan

Menerusi hantaran berkenaan, Jazimin memaklumkan bahawa beliau merindukan anaknya itu.

"​​Selamat Hari Lahir yang ke-24 buat anak saya, Kak Ngah. Rindu Kak Ngah 11 September 1999 sehingga 17 September 2007,” tulisnya.

Iklan

Ternyata perkongsian tersebut mengundang sebak pengguna media sosial kerana kanak-kanak perempuan itu mati dibunuh pada usia lapan tahun.

Pemegang akaun dengan nama Pok Joe berkata, berita itu tidak boleh untuk dilupakan.

Iklan

Sementara itu, @Hafiz Adha berkata sewaktu kejadian itu, dia berumur 15 tahun. Menurutnya, walaupun pada ketika itu dia masih kanak-kanak tetapi kematian tragis Nurin Jazlin menyebabkan mengalirnya air mata.

"Kes ni akan sentiasa terpahat dalam memori rakyat Malaysia. Al- Fatihah,” kata seorang lagi pengguna, Irfan Hafiz.

Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin dilaporkan hilang kerana diculik ketika dia meninggalkan rumah sendirian untuk menuju ke pasar malam di Wangsa Maju.

Bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan tidak pulang ke rumah menyebabkan adik-beradik dan ibu bapanya cemas dan tertekan.

Kehilangan Nurin Jazlin terus menjadi tanda tanya sehingga pada pagi 17 September 2007, mayatnya ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya.

Penemuan tersebut telah membawa kepada siasatan lanjut dan hasil pemeriksaan memaklumkan bahawa dia dirogol dan dibunuh.

Identiti perogol dan pembunuh itu masih bebas dan kes itu juga belum selesai sehingga ke hari ini.